Sunday, April 29, 2007

gambar

F1 PETRONAS


Sertai Jaguh Futsal RTM : JFRTM DAFTAR dan hantar ke 33993


LHRM: SSBJ MENANG TIPIS Oleh: Amirullah Ahmad
Bukit Jalil, 29 April; Kemenangan SSBJ ke atas Anderson 1-0 di Stadium Hoki Nasional 1 semalam memang sengit. Menurut kata Pengurus Pasukan SSBJ, "permainan pada hari ini tidak ditahap sebenar, kerana banyak kesilapan yang dilakukan sehingga enam sudut penalti tidak berjaya membolosi jaring lawan dan hanya satu sahaja berjaya ."
Kehadiran Anderson ke Bukit Jalil adalah misi untuk memenangi perlawanan ini demi menebus maruah ketika tewas 0-5 ditangan SSBJ pada perlawanan lalu.
Walau bagaimanapun hajat mereka tidak kesampaian apabila tewas di separuh masa kedua minit 44 hasil paduan pukulan sudut penalti oleh Mohd Faisal Kamaruddin.
Menanti mereka selepas ini ialah pasukan SSBP, setelah menewaskan SUKSES 2-1 diminit ke-29 dan 56 hasil pukulan tangkas Amir Farid dan Md Nor Hafiq. Juga tewas dipusingan suku akhir Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) Piala Milo '07, Pasukan Terengganu 1-2 kepada TNB melalui masa tambahan ( golden gol ), hasil jaringan Ketua Pasukan R.Nadesh.
Pun begitu MBPJ membenam hasrat Sek TBSS untuk mara ke separuh akhir apabila tewas 1-6 di awal hingga ke akhir babak aksi diminit ke-5, 12, 31, 47, 50, dan 70..
Penentuan ke final LHRM Piala Milo pada 4 Mei ini akan ditentukan melalui perlawanan separuh akhir pada 1 Mei, dimana pasukan SSBJ bertembung SSBP di Stadium Tun Razak 4.45 petang dan MBPJ berentap dengan Pasukan TNB di Stadium Hoki Kuala Lumpur jam 5.00 petang.

LIGA HOKI REMAJA SEMAKIN SENGIT Oleh: Amirullah Ahmad
Bukit Jalil, 24 April; 8 pasukan melayakkan diri ke perlawanan suku akhir Kejohanan Hoki Liga Remaja Malaysia bagi berentap merebut Piala Milo pada 28 April ini.
Pasukan tersebut adalah Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Sekolah Menengah Tengku Besar Tampin, Anderson dan Sekolah Sukan Bukit Jalil Junior (SSBJJ) dari Divisyen Satu.
Manakala dua pasukan dari Divisyen Dua yang layak menempah tiket ke suku akhir pula ialah SUKSES Selangor dan MSN Terenganu.
Undian perlawanan telah dibuat di Persekutuan Hoki Malaysia pada sebelah petang dihadiri pengurus dan jurulatih pasukan masing-masing.
Keputusan undian memperlihatkan SSBJ akan bertemu dengan Anderson di Stadium Hoki Nasional 1, SUKSES pula berjumpa SSBP di Stadium Hoki Nasional 2 manakala TNB akan berentap dengan MSN Terengganu di Stadium Terengganu dan SMK TBSS bersua muka dengan pasukan MBPJ di Stadium Hoki Kuala Lumpur.
Perlawanan separuh akhir pula akan berlangsung pada 1 Mei di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil tepat jam 3.00 petang dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 4 Mei tepat jam 5.00 petang di stadium yang sama.
.
MALAYSIA BERPUTIH MATAOleh: Hanim Junaibi
Pengadil dari Bahrain Jaafar Alawi Jawad Mahfoodh (kiri) memberi amaran
kedua kepada jurulatih pasukan Malaysia B.Satianathan (kanan) semasa
perlawanan bolasepak pusingan kelayakan sukan olimpik Beijing 2008
di antara Malaysia menentang Hong Kong di stadium MBPJ Kelana Jaya.
- foto Adzni Yusof
Petaling Jaya, 19 April; Harapan skuad Harimau lebur dengan kekalahan 1-0 menentang Hong Kong dalam perlawanan kelayakan bola sepak Kumpulan B pra-Olimpik di Stadium MBPJ semalam. Malaysia beraksi hambar pada separuh masa pertama akibat tekanan berikutan gol pertama yang dijaringkan pasukan lawan seawal minit pertama. Nyata pemain-pemain muda negara masih belum cukup kuat dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi perlawanan ini.
Jaringan Yip Chi Ho memberi impak besar kepada corak permainan Malaysia. Anak buah B. Sathianathan nampak gugup dan tidak bermaya dan ini diakui oleh jurulatihnya sendiri.
“Mereka panik kerana tidak sangka Hong Kong akan jaringkan gol seawal itu. Tidak dinafikan pihak lawan mempamerkan taktik permainan yang bagus”.
Dengan kekalahan tersebut, Malaysia harus menyelusuri laluan berliku untuk layak ke Sukan Olimpik 2008. Malaysia pernah tewas kepada Syria 3-1 dan Jepun 2-0. Malaysia bakal bertemu Syria pada 16 Mei dan Jepun pada 6 Jun ini. Perlawanan menentang Jepun nanti semakin menyukarkan misi Malaysia untuk menjadi dua pasukan terbaik kumpulan. Selepas ini, skuad Harimau perlu menunjukkan taringnya jika mahu mara ke pusingan akhir peringkat kelayakan.

.
GONG BADAK BAKAL DESTINASI SUKAN Oleh: Amirullah Ahmad
Terengganu, 20 April; Kompleks Sukan di Gong Badak bakal membawa lembaran sejarah baru kepada negeri Terengganu apabila bakal menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) buat kali pertama.
Temasya Sukan Malaysia ke-12 (SUKMAXII) yang akan berlangsung selama 10 hari bermula 31 Mei 2008 dilengkapi dengan infrastruktur termoden.
Kompleks Sukan yang mempunyai keluasan 150 hektar, menempatkan sebuah stadium yang mempunyai prasarana yang tercanggih dengan ketinggian 9 tingkat dan setiap tingkat mempunyai fungsi yang tersendiri.
Stadium ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan boling berkapasiti 48 lorong keseluruhanya, menjadi stadium yang pertama mempunyai kemudahan seperti itu.
Rakyat Terengganu juga boleh berbagga apabila kompleks sukan di negeri PantaiTimur ini akan menjadi pusat kecemerlangan atlet sukan bertaraf dunia suatu hari nanti melalui infrastruktur yang terbina.
“Stadium dan prasarana di kompleks Sukan yang kini siap 75 peratus akan dibuka pada bulan Mac tahun hadapan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan dan Badan NGO negeri Terengganu,” Din Adam.
Kos pembinaan yang mencecah RM350 juta meramalkan kerancakkan ekonomi penduduk di Gong Badak dan sekaligus menjadikan kawasan landskap yang paling cantik berdekatan lapangan terbang Sultan Mahmud.
Terengganu kini dilihat mahu berjuang habis-habisan untuk mengondol pingat emas temasya tersebut. Menurut Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Tuan Hj Arpin Draman, “Persediaan atlet Terengganu dilihat mampu bersaing pada temasya Sukma kali ini melalui persediaan rapi kontigen menyertai kejohanan di luar negara.”

JUARA ALL-ENGLAND KALAH KEPADA BEREGU VETERANOleh: Hanim JunaibiJohor Bahru, 15 April; Beregu muda negara yang semakin bersinar, Koo Kien Keat-Tan Boon Hoeng terpaksa gigit jari selepas tewas kepada beregu veteran negara Choong Tan Fook-Lee Wan Wah. Corak permainan kemas yang dipamerkan pasangan beregu Tan Fook-Wan Wah nyata berjaya menundukkan ketangkasan lawan. Beregu veteran itu menguasai set pertama dengan 21-14 kemudian tewas pada set kedua dengan 11-21. Set ketiga menyaksikan kebangkitan Tan Fook-Wan Wah dengan 21-12.Dalam tempoh 43 minit, juara Kejohanan Badminton Asia (ABC) yang diadakan di Stadium Bandaraya Johor Bahru menjadi milik Tan Fook-Wan Wah. Kemenangan tersebut nyata mengaibkan pasangan beregu muda, Kien Keat-Boon Heong yang baru meraih gelaran Juara All-England 2006 bulan lalu.“Faktor usia bukan ukuran, yang penting cara permainan masing-masing”, kata Tan Fook.


SEMANGAT

Kejayaan pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mengembalikan kejayaan 25 tahun lalu pada Kejohanan Badminton All-England merupakan kecemerlangan yang amat bermakna buat arina sukan negara.

Sekali lagi pasangan kental itu mempamirkan semangat juang tinggi dalam persembahan mereka dan terbukti semangat melawan tampa banyak menghormati kewibawaan lawan menjadi antara ramuan perjuangan mereka.

Selepas menanti 25 tahun akhirnya kita menjumpai pasangan bertenaga untuk mengembalikan reputasi negara selaku jaguh sukan badminton dunia.

Media Sukan mengucapkan syabas Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.

No comments: