Monday, April 30, 2007

Bola sepak

Penyerang (memakai baju merah) boleh menggelicik melepasi pertahanan (dalam baju putih). Kemudian dia boleh memilih samada untuk memberikan satu tendangan ke arah gol; penjaga gol akan cuba untuk menghentikan bola itu daripada memasuki gol.
Bola sepak (football) ialah
sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan diperlihatkan di dunia. Permainan ini dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan kod-kod sukan lain.

Kepopularan
Bola sepak ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia dan berjuta orang biasanya pergi ke
stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Banyak bukti yang menunjukkan bahawa bola sepak berasal dari negara
China. Lakaran-lakaran atau lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh org China menunjukkan bola sepak pernah dimainkan di sana tetapi suasana dan matlamat yang berbeza (Sejara Bola Sepak China). Zaman telah berubah dan dapat dilihat bola sepak menjadi industri yang maju untuk memperolehi kekayaan dari segi permain, pasukan, organisani mahupun negara.
Mengikut
kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
Di dalam banyak bahagian dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada
peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Taktik
Maklumat lanjut:
Kedudukan-kedudukan dan formasi bola sepak
Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:
pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.
Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.
Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah
4-4-2,4-3-3,3-5-2, 3-4-3, dan 4-5-1.
Mendefinisikan formasi dan taktik biasanya merupakan hak seseorang jurulatih.

Peraturan
Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba untuk memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada lawannya. Satu gol adalah hasil daripada hantaran
bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain boleh menggunakan sebarang bahagian daripada semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol adalah dikecualikan dari pada undang-undang tersebut di mana beliau boleh menggunakan tangan. Namun begitu, penjaga gol tidak boleh menangkap bola luar dari kawasan D.

Pertandingan antarabangsa
Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah
Piala Dunia yang diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.

No comments: